BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 25, 2009

ini khas untuk ma tersayang, puan Rozita Binti Osman..♥♥

♥ma,
ramai orang kata anak adalah seperti anak burung.. bila sayap mereka sudah cukup kuat, mereka akan terbang meninggalkan rumah..
sejak julai 09, angah meninggalkan rumah.. jauh merantau menuntut ilmu atas rasa hormat pada permintaan ma.. setiap mlam slepas balikke bilik setelah abis praktikal, terasa bilik hostel sgt dunyi dan kosong. xde org nak smbut. kalo lapar, sorang2 masak megi dan makan.. masa duduk dgn keluarga, setiap kali balik dari skolah, maknan dah tersedia terhidang atas meja makan.. cuma perlu makan sahaja.. kadang2 pinggan pun angah malas nak basuh..

♥ma,
angah selalu ingt zman kecik2 dulu.. ma bagaikan payung yg besar. akan melindungi angah dari panas dan hujan.. setiap kali buat masalah, angah akan sorok kat belakang ma. tarik baju ma dan ma akan selesaikan masalah tu untuk anak ma ni..bila dewasa ni, setiap kali berdepan dgn masalah, angah masih memikirkan ma. dlm hati angah bertnya, "ma, ape angah harus buat?" "ma tolong angah!"
tapi hal ni xde org tau kecuali angah..
angah sangka dengan berpura2 xtahu dan xpeduli serta memendam msalah tu, angah dapat sorokkan kelemahan diri dan menjadi lebih kuat..
ma, sebenarnya angah x kuat langsung!
tiada siapa tahu, malam pertama tidur di hostel, angah nangis teringatkan ma.. air mata keluar bersungai-sungai..dan setiap kali angah naik bas balik ke kedah, air mata ni akan mengalir tanpa dapat ditahan..menagis sebab tinggalkan ma dan bas 2 membawa angah semakin jauh dari ma..


::ketika ni aku sedar, aku membesar dgn begitu cepat. seseorang penah kata, bila kita dewasa,ketika itulah ramai orang akan tinggalkan kita. jadi akhirnya kita semua akan keseorangan.sama seperti keadaan masa kita lahir dulu..
hidup kita berpusing macam roda-kita terpaksa melepaskan bnyak benda ketika sampai waktunya. mungkin yang dapat kita pegang hanyalah masa sekarang. saat ini...sekurang-kurangnya pada detik ini kita merasa gembira. sekurang-kurangnya pada detik ini kita mengecapi kebahagiaan.
kita mesti ckup berani untuk mencintai dan dicintai. jadi kita tidak akan hidup dlm pnyesalan:::


♥ma,
akhirnya angah faham ape maksud 'kuat' yg sebenar.
ma adalah ibu yg paling kuat dalam dunia.. ma membesarkan angah dan sanggup bekorban apa sahaja demi anak2 ma..
demi angah, ma tanggung sejuta kerisauan
kasih ma, sampai bila2 pun angah dapat rasa, dari kecil hinggalah kini..




with ♥ from angah anak ma

friday, dec 25 03:36:00 2009










0 kumen: